Sistem Maklumat GeoSpatial Padi bertujuan untuk membantu Jabatan Pertanian Negeri melaksanakan pemantauan aktiviti penanaman padi di kawasan IADA Kota Belud dengan lebih cepat dan berkesan. IADA Kota Belud terletak di dalam daerah Kota Belud, Sabah dan terdiri daripada 17 skim pengairan dan 162 blok/kelompok. Sistem ini menggunakan kelebihan teknologi Remote Sensing dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam menyediakan maklumat tanaman padi di jelapang. Komponen utama sistem ini ialah pangkalan data tanaman padi yang mengandungi maklumat peta bagi setiap lot padi seperti nombor lot, kelas (padi dan bukan padi), keluasan terkini, dan maklumat pengusaha.