Pengenalan IADA Kemasin Semerak
Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu ( IADA ) Kemasin Semerak telah ditubuhkan pada 1982 dengan pembiayaan pinjaman kewangan Bank Pembangunan Asia. Dikenalipasti sebagai salah satu jelapang padi, ia diwujudkam bertujuan untuk mempercepatkan pembangunan 'in-situ' luar Bandar secara bersepadu melalui penyediaan infrastukstur kawalan banjir, saliran dan kemudahan pengairan bagi meningkatkan pengeluaran hasil padi / produktiviti ladang, menyelamatkan harta benda dan memelihara alam sekitar. IADA Kemasin Semerak dilaksanakan dalam dua Fasa :
IADA Kemasin Semerak ini meliputi 68,350 hektar kawasan Lembah Sungai Kemasin di Jajahan Kota Bharu dan Bachok serta Lembah Sungai Semerak di Jajahan Pasir Puteh. Sehingga kini, dianggarkan 4,000 orang petani yang bergiat aktif mengusahakan sawah padi di dalam kawasan IADA Kemasin Semerak.
Objektif IADA Kemasin Semerak