Sistem Maklumat GeoSpatial Padi KADA dibangunkan dengan kerjasama MYSA dan Jabatan Pertanian bagi membantu pihak KADA melaksanakan pemantauan aktiviti penanaman padi di setiap kawasan jelapang padi dengan lebih cepat dan berkesan. Sistem ini menggunakan kelebihan teknologi remote sensing dan sistem maklumat geografi (GIS) sebagai komponen utama pembangunan sistem.