Sistem Pengurusan Tanaman Padi IADA Batang Lupar dibangunkan dengan kerjasama Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Jabatan Pertanian bagi membantu pihak IADA Batang Lupar melaksanakan pemantauan aktiviti penanaman padi di setiap kawasan jelapang padi dengan lebih cepat dan berkesan. Sistem ini menggunakan kelebihan teknologi Remote Sensing dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) sebagai komponen utama pembangunan sistem.

IADA Batang Lupar terletak dalam Daerah Sri Aman, Sarawak dan terdiri daripada tujuh (7) kawasan pengembangan iaitu Entulang, Gran, Stumbin, Tanjong Bijat, Seduku, Lingga dan Banting. Kawasan yang terpilih sebagai kawasan perintis merupakan kawasan Projek NKEA di Blok C, Tanjong Bijat.