Sistem Maklumat GeoSpatial Padi, bertujuan untuk membantu Jabatan Pertanian Negeri Selangor (JPNS)
melaksanakan pemantauan aktiviti penanaman padi di kawasan IADA Barat Laut Selangor dengan lebih cepat dan berkesan.
Sistem ini menggunakan kelebihan teknologi Remote Sensing dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam menyediakan maklumat status aktiviti
tanaman padi di lapangan yang dikeluarkan setiap dua (2) minggu sekali. Data yang digunakan dalam sistem ini ialah
data satelit Radarsat yang berupaya mengumpul maklumat
tanaman padi walaupun dalam keadaan cuaca diliputi awan dan hujan serta merangkumi kawasan yang luas. Komponen
utama sistem ini ialah pangkalan data tanaman padi yang mengandungi maklumat peta bagi setiap lot padi seperti
nombor lot, kelas (padi dan bukan padi), keluasan terkini, hasil dan maklumat pengusaha.