Sistem Pengurusan Tanaman Padi, bertujuan untuk membantu Jabatan Pertanian dan IADA Kerian melaksanakan pemantauan aktiviti penanaman padi di kawasan IADA Kerian dengan lebih cepat dan berkesan. Sistem ini menggunakan kelebihan teknologi Remote Sensing dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam menyediakan maklumat status aktiviti tanaman padi di lapangan. Komponen utama sistem ini ialah pangkalan data tanaman padi yang mengandungi maklumat peta bagi setiap lot padi seperti nombor lot, kelas (padi dan bukan padi), keluasan terkini, hasil dan maklumat pengusaha.