Sistem Pengurusan Tanaman Padi bertujuan untuk membantu
Jabatan Pertanian Negeri melaksanakan pemantauan aktiviti penanaman padi di kawasan
IADA Rompin dengan lebih cepat dan berkesan. Sistem ini menggunakan kelebihan teknologi
Remote Sensing dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam menyediakan maklumat status aktiviti
tanaman padi di lapangan yang dikeluarkan setiap dua (2) minggu sekali. Data yang digunakan dalam sistem ini ialah
data satelit Radarsat yang berupaya mengumpul maklumat tanaman padi walaupun dalam keadaan cuaca diliputi awan dan
hujan serta merangkumi kawasan yang luas. Komponen utama sistem ini ialah pangkalan data tanaman padi yang mengandungi
maklumat peta bagi setiap lot padi seperti nombor lot, kelas (padi dan bukan padi), keluasan terkini, hasil dan maklumat pengusaha.