LAMAN UTAMA PENGENALAN TERMINOLOGI AKTIVITI SOALAN LAZIM PAUTAN HUBUNGI KAMI


PENGENALAN PROJEK
Sistem Pengurusan Tanaman Padi dibangunkan dengan kerjasama Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama Jabatan Pertanian (DOA), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA). Sistem ini dibangunkan menggunakan integrasi teknologi remote sensing, Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Pengoperasian sistem telah dilaksanakan secara berperingkat di tujuh (7) jelapang padi mulai tahun 2012 dan diperluaskan ke seluruh 12 jelapang padi negara mulai awal tahun 2017.

Melalui sistem ini, imej satelit terkini beresolusi tinggi digunakan untuk mengenal pasti keluasan sebenar kawasan bertanam padi dan status pelaksanaan penanaman padi di seluruh jelapang secara menyeluruh, berkala, real-time dan berketepatan tinggi. Imej satelit ini diintegrasikan dengan maklumat sempadan pentadbiran, skim pengairan, maklumat pesawah dan lot sawah dalam satu pangkalan data bagi membolehkan agensi pertanian mengurus dan memantau jelapang padi dengan lebih mudah, tepat dan cepat.