LAMAN UTAMA PENGENALAN TERMINOLOGI AKTIVITI SOALAN LAZIM PAUTAN HUBUNGI KAMI


TERMINOLOGI LUAS KAWASAN PADI

LUAS FIZIKAL / KELUASAN KASAR SKIM :
Keluasan Kasar Keseluruhan yang dirangkumi oleh sempadan skim. Ia termasuk bendang, jalan ladang, taliair, parit, struktur-struktur, kampung, dusun dan sebagainya. Luas Fizikal = Luas Pasel Padi + Luas Bukan Pasel Padi

LUAS PASEL PADI :
Luas bahagian tanah yang pada kebiasaannya digunakan untuk penanaman padi. Pasel Padi boleh dikelaskan kepada 3 :
a) Pasel Padi Aktif – Pasel padi yang bertanam padi sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun atau 5 musim berturut-turut
b) Pasel Padi Pelbagai (Kontan) – Pasel padi yang diusahakan dengan aktiviti bertanian sementara atau tanaman kontan seperti sayuran, jagung, pisang, tembakau, tebu dan sebagainya.
c) Pasel Padi Terbiar – Pasel Padi yang tidak bertanam padi atau tanaman sementara lain (tidak diusahakan ) dalam tempoh 3 tahun atau 5 musim berturut-turut atau lebih
Luas Pasel Padi = Luas Pasel Padi Aktif + Luas Pasel Padi Pelbagai + Luas Pasel Padi Terbiar

LUAS BERTANAM :
Keluasan sebenar tanah yang bertanam padi pada musim tersebut