SOALAN LAZIM |
1) Adakah sistem ini boleh diakses secara umum? Tidak. Akses kepada sistem ini adalah terhad kepada pegawai jelapang dan pegawai pertanian yang diluluskan oleh pengurusan tertinggi agensi-agensi berkenaan sahaja. Akses kepada sistem ini adalah dikawal mengikut peringkat akses yang khusus. Setiap pengguna diberikan identiti pengguna serta kata laluan yang unik. 2) Apakah tujuan sistem ini? Sistem ini bertujuan untuk mengenalpasti perubahan gunatanah kawasan pasel padi kepada lain-lain contohnya rumah, jalan raya dan sebagainya, dan mendapatkan keluasan sebenar kawasan bertanam padi menggunakan imej satelit. Selain itu, sistem ini juga adalah untuk memantau status aktiviti padi di lapangan iaitu (pembajakan, pengairan, penanaman, dan penuaian) bagi memudahkan pegawai kawasan melaksanakan aktiviti pengembangan / pemantauan kawasan. 3) Berapa kawasan yang terlibat bagi pembangunan sistem ini? 12 kawasan jelapang padi iaitu KADA, MADA, IADA Barat Laut Selangor, IADA Kerian, IADA KETARA, IADA Kemasin semerak, IADA Seberang Perak, , IADA Pulau Pinang, IADA Rompin, IADA Pekan, IADA Kota Belud dan IADA Batang Lupar. 4) Adakah sistem ini boleh digunakan oleh petani? Tidak. Sistem ini adalah bagi kegunaan pegawai-pegawai dari agensi pertanian untuk pemantauan dan pelaporan di peringkat Kementerian Pertanian bagi perancangan pertanian dalam sektor padi. 5) Apakah kelebihan sistem ini? Sistem ini dibangunkan menggunakan integrasi teknologi remote sensing, Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Melalui sistem ini imej satelit terkini beresolusi tinggi digunakan untuk mengenal pasti keluasan sebenar kawasan bertanam padi dan status pelaksanaan penanaman padi di seluruh jelapang secara menyeluruh, berkala, real-time dan berketepatan tinggi. 6) Bagaimanakah untuk mendapat paparan terbaik untuk sistem ini? Paparan terbaik sesuai dipaparkan menggunakan Mozilla Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 |